|
|
|
|
Disember 23, 2025 -Selasa |
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 25/09/2017
BENGKEL PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan Bengkel Pengurusan Kewangan Peribadi seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Rabu 27 September 2017
Masa : (Sila Rujuk Program)
Tempat : Dewan Besar, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
Program
8.00 - 8.30 pagi : Pendaftaran Peserta
8.30 - 10.30 pagi : Modul 1
'Banyak Duit atau Banyak Hutang?' (Penyata Kewangan Peribadi)
- Mengenal pasti cara gaya kewangan peserta
- Menilai kedudukan kewangan peserta
- Islam dan perancangan kewangan (termasuk takaful)
En. Muhammad Hisyam Mohamad
Felow, Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan, IKIM
10.30 - 11.00 pagi : Jamuan ringan
11.00 - 1.00 tengahari : Modul 2
'Formula Bijak Mengurus Wang'
- Simpan dulu, belanja bakinya
- Bayar hutang itu wajib
- Belanja: Keperluan, Kemampuan & kehendak
- Rancang, jangan tak rancang!
Pn. Hajah Siti Fatimah Abdul Rahman
Felow, Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan, IKIM
1.00 - 2.30 petang : Makan Tengahari dan Solat Zuhur
2.30 - 4.30 petang : Modul 3
'Strategi Pelaburan Bestari'
- Kenali fakta dan mitos pelaburan
- Instrumen pelaburan kewangan
- Tips dan teknik pelaburan
Pn. Suzana Md. Samsudi
Felow, Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyaratan, IKIM
4.30 - 5.00 petang : Bersurai
Pengenalan
Kemahiran pengurusan kewangan adalah satu kemahiran hidup yang sangat penting. Ia membolehkan kita mengoptimumkan pendapatan bagi tujuan tabungan serta memenuhi keperluan hidup.
Malangnya, bagi satu kemahiran hidup yang amat penting ini, kita tidak dididik secara formal mengenainya. Lebih awal kemahiran ini dikuasai, lebih terjamin kehidupan kita dan ia dapat mengeluarkan kiat dari masalah hutang terlampau.
Objektif
Bengkel ini akan menyentuh tentang.:
i. Kedudukan kewangan semasa pada peserta;
ii. Formula bijak mengurus wang;
iii. Pelaburan kewangan untuk masa hadapan.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan bengkel tersebut.
SUMBER: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Pn. Zawiah
Tel : 03-6204 6329/012-333 4253
Nama : Pn. Wan Zahidah
Tel : 03-6204 6330 / 019- 276 8003
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|