Disember 23, 2025 -Selasa

 
 
 

Jumaat 29/09/2017

FORUM PENGGUNA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALYSIA (CFM) MENJEMPUT RAKAN-RAKAN MEDIA KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CFM KALI KE-17

Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) adalah sebuah forum industri yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang ditubuhkan sejak Februari 2001.

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) CFM kali ke-17 ini akan dihadiri oleh ahli-ahli CFM yang terdiri daripada pihak Penyedia Perkhidmatan (Supply) dan Persatuan-persatuan Pengguna (Demand) di Malaysia, MCMC serta pihak berkepentingan CFM akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 5 Oktober 2017

Masa : 9.00 pagi - 2.00 petang

Tempat : Auditorium, MCMC (Bangunan Lama), Cyberjaya


Antara perkara yang menjadi agenda dalam AGM kali ini ialah seperti berikut:
- Prestasi dan pencapaian CFM sepanjang tahun 2016
- Resolusi untuk penambahbaikan CFM dan isu-isu pengguna dalam industri komunikasi dan multimedia
- Pelantikan Ahli Majlis CFM yang baharu bagi penggal 2017-2019

Selain itu, CFM juga akan memberi makluman tentang pelaksanaan Garis Panduan Pendaftaran Perkhidmatan Prabayar terbaharu yang perlu dipatuhi pengguna. Pelaksanaannya akan berkuatkuasa sepenuhnya bermula 1 Januari 2018.

Program

9:00 pagi : Pendaftaran dan kehadiran tetamu

Sarapan pagi

10:00 pagi : Sesi AGM bermula

Bacaan doa

10.05 pagi : Ucapan aluan dari Pengerusi CFM, Megat Ishak Maamunor Rashid

10:10 pagi : Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan CFM ke-17 oleh pihak MCMC

10:15 pagi : Pengesahan dan Penerimaan Minit Mesyuarat Agung Tahunan 2016 yang diadakan pada 28 September 2016

Pembentangan dan Penerimaan Laporan Tahunan 2016

Pembentangan dan Penerimaan Laporan Penyata Kewangan 2016

11:30 pagi : Resolusi yang diusulkan oleh Ahli-ahli CFM

Peletakan Jawatan Ahli-Ahli Majlis CFM bagi Penggal 2015-2017

11:45 pagi : Pelantikan Pengerusi Sementara

12:00 tengahari : Undian bagi Pemilihan Ahli-ahli Majlis CFM bagi Penggal 2017-2019

12:30 tengahari : Pemilihan Ahli-ahli Majlis Tertinggi CFM

Pelantikan Juruaudit

1.00 petang : Cadangan Konstruktif dari Ahli-ahli CFM

1.30 petang : Ucapan Penutup oleh Pengerusi Baharu yang dilantik

1.45 petang : Sesi Fotografi

1:55 petang : Penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan 2017

2:00 petang : Temu bual bersama media yang hadir

Jamuan makan tengahari

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Mesyuarat Agung tersebut.

SUMBER :Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM)

UNTUK MAKLUMATLANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Roharrashidah Abdul Halil
Tel : 017 - 896 1588
Emel : roharrashidah@cfm.my

Nama : Nur Shazwani Zainuddin,
Tel : 017-401 2010
Emel : shazwani@cfm.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.