Disember 23, 2025 -Selasa

 
 
 

Selasa 03/10/2017

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM TUBE MEGA 2017 PERINGKAT KEBANGSAAN

Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) dan SME Corp. Malaysia akan menganjurkan Majlis Perasmian Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) Mega yang merupakan penganjuran ke-4 selepas TUBE 1.0, TUBE 2.0 dan TUBE 3.0.

TUBE Mega pada tahun ini mensasarkan peserta seramai 1,000 orang peserta belia bumiputera bagi mengalakkan budaya keusahawanan melalui latihan 'boot camp' dan bengkel perniagaan secara intensif. Program TUBE Mega pada tahun ini akan diadakan secara serentak di sepuluh (10) kem PLKN di seluruh Malaysia. Program ini akan dirasmikan oleh YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan akan turut dihadiri oleh YB Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan juga Ahli Parlimen Kota Belud, Sabah.

Sehubungan ini, SME Corp. Malaysia dengan berbesar hati menjemput tuan/puan untuk menghantar wakil wartawan serta jurugambar bagi membuat liputan dan seterusnya hadir ke Sesi Sidang Media yang akan diadakan selepas selesai Majlis Perasmian Program TUBE Mega 2017. Butiran Majlis Perasmian adalah seperti berikut:

Hari/Tarikh : Sabtu 7 Oktober 2017

Masa : 2:30 pm - 5:30 pm

Tempat : Kem PLKN Sinar Jaya, Kota Belud, Sabah

Sila klik di sini untuk Program

Untuk makluman, sembilan (9) Majlis Perasmian Kecil akan diadakan di 9 Kem PLKN di seluruh Malaysia. Tuan/puan turut dijemput untuk menghantar wakil wartawan serta jurugambar bagi membuat liputan di Majlis Perasmian Peringkat Negeri ini. Butiran Majlis Perasmian TUBE Mega Peringkat Kebangsaan adalah seperti di bawah:

Sila klik di sini

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis-majlis tersebut.

SUMBER : SME Corp. Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Amy Sarah Ahmad Fuad
Tel : 03 2775 6352
Emel : amysarah@smecorp.gov.my

Nama : Encik Nor Fairul Halif Norman
Tel : 03-2775 6222
Emel : fairulhalif@smecorp.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.