Disember 23, 2025 -Selasa

 
 
 

Selasa 03/10/2017

PUBLIC SECTOR CIO CONVEX 2017

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri akan menganjurkan Public Sector CIO Convex 2017 (PSCC 2017) dengan bertemakan 'Transformasi Digital : Menempa Masa Hadapan Pendigitalan Sektor Awam' pada ketetapan seperti yang berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 5 Oktober 2017

Masa : 2.00 petang

Tempat : Dewan Seri Siantan
Perbadanan Putrajaya
Jalan P3f, Presint 3
62100 Putrajaya

Sila klik di sini untuk PROGRAM

Perasmi : YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa
Ketua Setiausaha Negara


Majlis ini merupakan satu platform bagi Ketua-ketua Pegawai Maklumat (CIO) agensi Kerajaan, rakan strategik industri dan antarabangsa untuk berkumpul dan meneroka transformasi digital bagi sektor awam di samping memastikan CIO memperoleh informasi yang lengkap mengenai trend dan teknologi digital yang terkini serta berpotensi untuk diinovasikan.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.


SUMBER : Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat
Tel : 0176963732 / 03-88723138
Emel : pro@mampu.gov.my


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.