Disember 23, 2025 -Selasa

 
 
 

Rabu 04/10/2017

Jemputan Membuat Hebahan Untuk Liputan Ke Majlis Perasmian Kampus Hijau MARDI

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) akan mengadakan persekitaran Kampus Hijau di semua MARDI seluruh negara. Kampus hijau merupakan suatu komuniti dan kawasan yang dibangunkan dengan beberapa inisiatif menambahbaik keberkesanan penggunaaan tenaga, memelihara sumber dan mempertingkatkan kualiti persekitaran. MARDI sebagai sebuah institusi terkemuka dalam sains dan teknologi dengan kepakaran yang ada berpeluang membina sebuah Kampus Hijau mengikut acuan tersendiri sebagai pelaburan jangka panjang. Inisiatif Hijau akan menguntungkan MARDI daripada segi penggunaan sumber tenaga serta memastikan amalan-amalan terbaik dipraktikkan dan dinikmati oleh generasi akan datang.

Majlis perasmian program tersebut akan disempurnakan oleh YBHG Datuk Dr Sharif bin Haron, Ketua Pengarah MARDI mewakili Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani seperti ketetapan berikut :

Hari/Tarikh : Khamis 5 Oktober 2017

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Ibu Pejabat MARDI, Serdang


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : NUR AKMAL BINTI HASSAN
Pusat Komunikasi Korporat dan Kualiti
Tel : 03-8953 7209 / 019-455 3400
Faks : 03-8943 9530
Emel: nurakmal@mardi.gov.my

-BERNAMA




 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.