|
|
|
|
Disember 23, 2025 -Selasa |
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 05/10/2017
JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN KE PERSIDANGAN MEJA BULAT IMAM KEBANGSAAN EDISI PELANCONGAN MASJID, DI HOTEL GRAND PUTERI, KUALA TERENGGANU PADA 9 OKTOBER 2017 (ISNIN)
Islamic Tourism Centre (ITC), sebuah agensi di bawah Kementerian pelancongan & Kebudayaan, Malaysia bersama-sama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menganjurkan program yang bertajuk "Persidangan Meja Bulat Imam Kebangsaan - Edisi Pelancongan Masjid kali ke-2" bermula dari 9 hingga 10 Oktober 2017 di Hotel Puteri Grand, Kuala Terengganu. Persidangan ini akan dihadiri oleh para Imam dan ahli jawatankuasa tertinggi dari masjid-masjid di seluruh Malaysia.
Objektif Persidangan ini adalah untuk mewujudkan pemahaman, meningkatkan kesedaran serta keterbukaan pihak pengurusan masjid mengenai kepentingan dan manfaat pelancongan masjid sebagai salah-satu produk pelancongan.
Program ini akan dilancarkan oleh YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan & Kebudayaan Malaysia. Antara tetamu-tetamu terhormat yang akan turut hadir ialah YBhg. Datuk Rashidi Hasbullah, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pelancongan & Kebudayaan dan En Zulkifly Md Said, Ketua Pengarah ITC. Perincian program adalah seperti berikut:
MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN MEJA BULAT IMAM KEBANGSAAN EDISI PELANCONGAN MASJID
Hari/Tarikh : Isnin 9 Oktober 2017
Masa : 8.45 Pagi
Tempat : Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
VIP : YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin,
Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
** Sidang Media akan diadakan sejurus selepas program
Program
Sila klik disini
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : MUHAMMAD HUZAIFA BIN NAHARAZMI
Tel : 03-8891 7822
Emel : muhdhuzaifa@motac.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|