ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
 
 

Selasa 17/10/2017

Sesi Taklimat Media Bagi Penganjuran SMIDEX Dan Persidangan PKS 2017

Seperti tahun-tahun sebelum ini SME Corp. Malaysia akan menganjurkan Pameran Tahunan PKS (SMIDEX), Persidangan PKS dan Majlis Penganugerahan Enterpris 50 (E50) yang akan berlangsung di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC) bermula daripada 15 - 17 November 2017.

Pameran Tahunan PKS, Persidangan PKS dan Majlis Penganugerahan Enterpris 50 merupakan inisiatif tahunan yang telah dimulakan oleh SME Corp. Malaysia sejak tahun 1996, dan akan berlangsung selama tiga (3) hari. Sepanjang tiga (3) hari tersebut, pelbagai program dan aktiviti telah dirancang bagi mempergiatkan aktiviti perniagaan serta menonjolkan keupayaan PKS sebagai tulang belakang ekonomi.

Bagi memastikan PKS dan pengunjung terutamanya mengambil maklum tentang penganjuran Pameran Tahunan PKS, Persidangan PKS dan Majlis Penganugerahan Enterpris 50 yang akan diadakan pada tahun ini, SME Corp. Malaysia ingin menjemput Tuan/Puan ke satu sesi taklimat dan minum petang bersama YBhg. Datuk (Dr) Hafsah Hashim, Ketua Eksekutif SME Corp. Malaysia yang akan berkongsi tentang pengisian dan acara yang akan berlangsung pada Pameran tersebut pada tahun ini dengan lebih terperinci.

Sesi taklimat dan minum petang ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Selasa 24 Oktober 2017

Masa : 2:30 petang - 4:30 petang

Tempat : SME Corp. Malaysia, Dewan Persada, Aras 6, Blok B, Platinum Sentral, Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur


Program

2:15 petang : Ketibaan Tetamu dan Rakan Media

2:30 petang : Taklimat Pameran Tahunan PKS 2017 oleh En Czarif Chai Seng Hong,
Pengarah Bahagian Pengurusan Korporat SME Corp. Malaysia

Taklimat Persidangan PKS 2017 oleh Cik Kausalya Gopal,
Pengarah Bahagian Pemantauan Dasar & Pembangunan Inklusif SME Corp. Malaysia

3:30 petang : Sesi Soal Jawab bersama YBhg. Datuk (Dr) Hafsah Hashim,
Ketua Eksekutif SME Corp. Malaysia

4:00 petang : Jamuan dan Sesi Networking

4:30 petang : Majlis Bersurai

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Sesi Taklimat tersebut.

SUMBER : SME Corp. Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : En Ahmad Mu'izz Mohd Yusof
Tel : 03 2775 6275
Emel : muizzyusof@smecorp.gov.my

Nama : Encik Fairul Halif Norman
Tel : 03-2775 6222
Emel : fairulhalif@smecorp.gov.my

-BERNAMA



 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.