|
|
|
|
Disember 23, 2025 -Selasa |
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 23/10/2017
MAJLIS SEPETANG BERSAMA MENTERI "TIME FOR TEA" & MAJLIS PELANCARAN HAB PKS
SME Corp. Malaysia akan menganjurkan Majlis Sepetang bersama Menteri "Time for Tea" dan Majlis Pelancaran Hab PKS bersama-sama YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan YB Dato' Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Objektif penganjuran program ini adalah untuk mendapat maklumbalas dari pada usahawan-usahawan wanita mengenai cabaran yang dihadapi mereka dalam menjalankan perniagaan masa kini dan juga berkongsi pengalaman dan pendapat bersama Menteri-Menteri yang hadir.
Selain itu, Majlis Pelancaran SME Hub atau Hab PKS juga akan dirasmikan oleh YB Menteri MITI dan YB Menteri KPWKM selepas Majlis Sepetang bersama Menteri "Time for Tea ini diadakan. SME Hub atau Hab PKS ini merupakan penjenaan semula One Referral Centre atau Pusat Rujukan Setempat yang berfungsi untuk memastikan maklumat kepada PKS disebarkan menggunakan satu platform tetapi mempunyai pelbagai kaedah capaian sama ada atas talian atau luar talian.
MAJLIS SEPETANG BERSAMA MENTERI "TIME FOR TEA"
Hari/Tarikh : Rabu 25 Oktober 2017
Masa : 2.00 petang - 4.30 petang
Tempat : Atrium SME Corp Malaysia, Platinum Sentral, Kuala Lumpur Sentral
MAJLIS PELANCARAN HAB PKS
Hari/Tarikh : Rabu 25 Oktober 2017
Masa : 4.30 petang - 5.00 petang
Tempat : Ruang Legar Hab PKS, Aras 4, Block B, SME Corp. Malaysia
Sila klik di sini untuk PROGRAM
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan dan menghadiri kedua-dua majlis ini dan Sesi Sidang Media yang akan diadakan selepas selesai Majlis Pelancaran Hab PKS tersebut.
SUMBER : SME Corp. Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Amy Sarah Ahmad Fuad
Tel : 03 2775 6352
Emel : amysarah@smecorp.gov.my
Nama : Encik Nor Fairul Halif Norman
Tel : 03-2775 6222
Emel : fairulhalif@smecorp.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|