|
|
|
|
Disember 23, 2025 -Selasa |
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 24/10/2017
Jemputan Media Untuk Program The 2nd Moot Court Competition On Competition Law 2017
Semua wakil media dijemput untuk membuat liputan program 'The 2nd Moot Court Competition on Competition Law 2017' yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Isnin 30 Oktober 2017
Masa : 8:30 pagi - 12:00 tengah hari
Tempat : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kuala Lumpur
Tetamu Kehormat:
- YB Dato' Seri Hamzah Bin Zainudin, Menteri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan
- YB Datuk Che Mohamad Zulkifly Bin Jusoh, Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia
Sila Klik Sini Untuk Agenda MCCL 2017
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) ditubuhkan pada 1 April 2011 dan ditugaskan untuk menguatkuasakan Akta Persaingan 2010 (AP 2010). Fungsi utamanya adalah untuk melindungi proses persaingan dalam pasaran komersial demi kebaikan perniagaan dan pengguna serta ekonomi secara keseluruhan.
Selaras dengan matlamat tersebut, 'The 2nd Moot Court Competition on Competition Law 2017' dianjurkan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) merupakan salah satu inisiatif MyCC dalam memberi kesedaran kepada golongan-golongan pelajar dan pihak akademik untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai peranan dan pelaksanaan Akta Persaingan 2010 (AP 2010).
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.
SUMBER : Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : En. Nazarul Emran
Emel : nazarul@mycc.gov.my
Nama : Cik Nur Diyana
Emel : nurdiyana@mycc.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|