|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 26/10/2017
SLOT BEDAH BUKU "KENAPA ISLAM"
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menjemput wakil-wakil media membuat liputan bagi slot bedah buku " KENAPA ISLAM " yang diadakan sempena Pesta Lelong Buku Putrajaya pada 27 Oktober 2017 (Jumaat)/8 Safar 1438H bertempat di Pentas Utama, Perkarangan Jabatan Mahkamah, Perbadanan Putrajaya, Persint 3 Putrajaya.
Program:
Dua ahli panel iaitu YBhg. Dr. Mohd Farid Shahran, Pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik, IKIM dan En. Md. Asham Ahmad, Felow Kanan, IKIM akan mengupas berkenaan buku "Kenapa Islam" terbitan IKIM.
Kenapa Islam mengandungi dua bahagian iaitu
(i) sanggahan terhadap pegangan kaum pluralis bahawa semua agama adalah sama sah dan sama benar; dan
(ii) terjemahan sebuah risalah yang bertajuk Khulāṣat al-Kalām fī Tarjīḥ Dīn al-Islām, karangan Yūsuf al-Nabhānī, yang mentarjihkan kebenaran dan keutamaan agama Islam berbanding dengan agama-agama lain.
Buku ini diharapkan dapat membantu menjernihkan semula kefahaman Kaum Muslimin tentang kedudukan sebenar agama Islam dengan membuang daripada fikiran mereka segala kekeruhan yang berpunca daripada dakyah kaum pluralis yang menyesatkan.
Aturcara:
Hari/Tarikh : Jumaat 27 Oktober 2017
Masa : 10.00 - 11.00 pagi
Tempat : Pentas Utama, Perkarangan Jabatan Mahkamah, Perbadanan Putrajaya, Persint 3 Putrajaya
Panel : (i) YBhg. Dr. Mohd Farid Shahran,
Pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik, IKIM
(ii) En. Md. Asham Ahmad,
Felow Kanan, IKIM
Moderator : DJ Syafiq
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
Sumber : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Nama : Pn. Zawiah
Tel : 03-6204 6329/012-333 4253
Nama : Pn. Wan Zahidah
Tel : 03-6204 6330 / 019- 276 8003
-BERNAMA |
|
|
|
|
|