Disember 22, 2025 -Isnin

 
 
 

Jumaat 03/11/2017

ANUGERAH INOVASI PERDANA MENTERI 2017

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri akan menganjurkan Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2017 dengan bertemakan 'Inovasi Menunjangi Aspirasi TN50' pada ketetapan seperti yang berikut:

Hari/Tarikh : Selasa 7 November 2017

Masa : 7.50 malam

Tempat : Dewan B,Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Perasmi : YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia


Table

AIPM diperkenalkan pada tahun 2009 sebagai galakan dan pengiktirafan terhadap usaha-usaha pencapaian inovasi kecemerlangan organisasi sektor awam yang menyumbang kepada kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Pengiktirafan terunggul sektor awam ini membawa ganjaran wang tunai sebanyak RM1 juta, trofi dan sijil turut mencerminkan aspirasi kerajaan dalam merealisasikan agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Anugerah tersebut.

SUMBER : Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat
Tel : 017 696 3732
Emel : pro@mampu.gov.my


 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.