Disember 22, 2025 -Isnin

 
 
 

Isnin 06/11/2017

JEMPUTAN KE MAJLIS PENYERAHAN PROJEK MSI 2016 - CNC DEKSTOP MACHINE

Sukacita dimaklumkan bahawa YB Datuk Wira Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menghadiri Majlis Penyerahan Projek MSI 2016 - CNC Dekstop Machine sempena "Internship & Career Excellence Day 2.0 (I-CARE 2.0)" pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Selasa 7 November 2017

Masa : 2.15 - 3.30 petang

Tempat : Dewan Platinum, Politeknik Merlimau Melaka, Jalan Jasin, 77300 Melaka

Sila klik disini untuk Program


Untuk makluman, CNC Desktop Machine adalah satu produk inovasi yang telah dihasilkan oleh Technology Park Malaysia di bawah program MOSTI Social Innovation (MSI 2016).

3 unit CNC Desktop Machine akan diserahkan kepada penerima yang telah dikenalpasti oleh MOSTI dengan kerjasama pejabat Ahli Parlimen Tangga Batu.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : INTAN SURAINI ROSDI
Penolong Pengurus
Jabatan Komunikasi Korporat
Tel : +603 8998 2020 / +6019 2699 611
Faks : +603 8998 2110

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.