Disember 22, 2025 -Isnin

 
 
 

Selasa 07/11/2017

JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA MAJLIS KONVOKESYEN KE - 16 INSTITUT KRAF NEGARA

Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan mengadakan Majlis Konvokesyen Institut Kraf Negara (IKN) kali ke-16 pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 9 November 2017

Masa : 9.30 pagi

Tempat : Panggung Sari
Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Jalan Conlay
50450 Kuala Lumpur

Disempurnakan Oleh :
Yang Berhormat Datuk Wira Mas Ermieyati binti Haji Samsudin
Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

Pada Majlis Konvokesyen ke-16 ini, seramai 114 orang graduan akan dianugerahkan sijil dan diploma dari 6 jurusan Seni Kraf iaitu logam, batik, tenunan, rotan dan buluh, seramik serta kayu. Seramai 38 orang graduan peringkat Sijil Seni Kraf manakala 76 graduan lagi adalah dari peringkat diploma.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Konvokesyen ke-16 Institut Kraf Negara tersebut.


SUMBER : Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia
Tel : 03-2161 3793

Nama : Cik Noor Azima Alwi
Tel : 013-727 6672

Nama : Cik Norehan Ab. Ghani
Tel : 012-657 8824


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.