|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 08/11/2017
JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MEDIA KE PRA PELANCARAN "DENAI MALAM DI MUZIUM-ALAMI DETIK MALAM YANG MENAKJUBKAN!", JABATAN MUZIUM MALAYSIA PADA 18 NOVEMBER 2017 (SABTU)
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Muzium Malaysia akan mengadakan Majlis Pra Pelancaran "Denai Malam di Muzium- Alami Detik Malam Yang Menakjubkan!". Ianya bertujuan mempromosikan muzium-muzium di bawah Jabatan Muzium Malaysia kepada pelancong dalam dan luar negara dan memberi pengalaman baru kepada pengunjung menikmati suasana melawat muzium pada waktu malam. Butiran program adalah seperti berikut:
Hari/Tarikh : Sabtu 18 November 2017
Masa : 8.00 malam
Tempat : Muzium Tekstil Negara
Pakaian : Smart Casual
Program
Sila klik disini untuk program
Borang penyertaan
Sila klik disini untuk Borang Penyertaan
Borang penyertaan hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 15 November 2017 (Rabu).
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Jamil Haron
Tel : 016-322 0513
Nama : Norfiza
Tel : 019-267 3138
-BERNAMA |
|
|
|
|
|