Disember 22, 2025 -Isnin

 
 
 

Rabu 08/11/2017

KONSERT SEMI-FINAL SEMPENA ANUGERAH NASYID 2017(AN17) TARIKH: 11, 18 & 25 NOVEMBER 2017 (SABTU)

Konsert Semi-Final Anugerah Nasyid 2017(AN17) anjuran bersama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan TV Al-Hijrah akan disiarkan secara langsung di TV Al-Hijrah pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Sabtu 11,18 & 25 November 2017

Masa : 8.00 malam

Tempat : AlHijrah Big Studio (ABS), TV Al-Hijrah, Persiaran Cyber Point Selatan, Cyber 8, Cyberjaya, Selangor.


Program hasil kerjasama NBOS, IKIM dan TV Al-Hijrah ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada penggiat industri dari kalangan pencipta lagu, penulis lirik, penyanyi dan lain-lain pihak yang terlibat dalam penghasilan karya mereka. Lagu-lagu nasyid yang dipertandingkan tidak hanya menampilkan genre nasyid semata-mata tetapi diperluaskan juga kepada lagu yang bertemakan ketuhanan dan kemanusiaan.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan konsert tersebut.

Sumber : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Pn. Zawiah binti Md. Sari
Unit Perhubungan Korporat, IKIM
Tel : 03-6204 6329/019-333 4253

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.