|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 09/11/2017
JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MEDIA KE MAJLIS RUMAH TERBUKA MALAYSIA (MRTM) DEEPAVALI 2017 DI LADANG INFOTERNAK, SUNGAI SIPUT, PERAK PADA 11 NOVEMBER 2017 (SABTU)
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) akan menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Deepavali 2017 pada ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Sabtu 11 November 2017
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Ladang Infoternak
Sungai Siput Perak Darul Ridzuan
VIP : YAB Dato' Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi
Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Sila klik di sini untuk Program
Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) adalah merupakan acara tahunan peringkat nasional di bawah anjuran MOTAC bagi meraikan setiap perayaan keagamaan yang disambut oleh pelbagai kaum di Malaysia. Ianya bertujuan memupuk perpaduan dan persefahaman masyarakat pelbagai kaum selain mempromosikan tradisi sambutan perayaan di Malaysia sebagai salah satu wadah pelancongan negara.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : MUHAMMAD HUZAIFA BIN NAHARAZMI
Unit Komunikasi Korporat
Tel : 03-8891 7822
Emel : muhdhuzaifa@motac.gov.my
-BERNAMA |
|
|
|
|
|