Disember 22, 2025 -Isnin

 
 
 

Khamis 09/11/2017

SEMINAR PELUANG PELABURAN & PEMBANGUNAN UNTUK PKS

Sukacita dimaklumkan bahawa YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan merasmikan Seminar Peluang Pelaburan & Pembangunan Untuk PKS pada hari Isnin, 20 November 2017 bersempena Hari MITI 2017 bagi Zon Pantai TImur.

Satu sidang media akan diadakan. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

Hari/Tarikh : Isnin 20 November 2017

Masa : 1.00 petang

Tempat : Hotel Grand Riverview
Kota Bahru, Kelantan

Program

1.00 petang : Ketibaan dan pendaftaran Media

2.00 petang : Ucapan dan Perasmian oleh YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri MITI

2.30 petang : Sidang Media

: Jamuan ringan

Kesempatan ini akan memberi peluang kepada pihak tuan/puan berkongsi dengan umum mengenai usaha berterusan yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan dan informasi berkaitan dasar semasa, insentif, kemudahan kewangan dan lain-lain bantuan Kerajaan kepada komuniti perniagaan tempatan terutamanya PKS.

Sila maklumkan kehadiran tuan/puan melalui email kepada mhlim@mida.gov.my sebelum atau pada 15 November 2017 (Rabu) sebelum jam 5.00 petang.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan seminar dan sidang media tersebut.

SUMBER : Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Lim May Hsin (Ms.)
Bahagian Komunikasi Korporat
Tel : : 03-2267 3490
www.mida.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.