|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 10/11/2017
SIDANG MEDIA : HASIL & PENCAPAIAN MISI PERDAGANGAN FRANCAIS DI ISTANBUL, TURKI
MFA akan mengadakan Sidang Media - Hasil & Pencapaian Misi Perdagangan Francais di Istanbul, Turki seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Selasa 14 November 2017
Masa : 2.00 petang
Tempat : Marrybrown Sdn. Bhd.
D-05-06 & D-06-07, Tingkat 5, Blok D, Sky Park One City, Jalan USJ 25/1,
Subang Jaya, Selangor
Sidang media ini diadakan bertujuan untuk berkongsi maklumat terkini mengenai sambutan menggalakkan yang diterima oleh para francaisor tempatan semasa Misi Perdagangan Francais di Istanbul, Turki yang telah diadakan pada Oktober yang lalu. Para francaisor terlibat seperti Manhattan Fish Market, Marrybrown, Global Art dan Laundry Bar akan turut hadir di sidang media ini.
Program
2.00 petang : Pendaftaran dan Ketibaan Jemputan & Media
2.10 petang : Ucapan Aluan YBhg. Datuk Radzali Hassan, Pengerusi MFA
2.15 petang : Sidang Media
2.45 petang : Minum Petang & Majlis Bersurai
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sidang media tersebut.
SUMBER: Malaysian Franchise Association (MFA)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : En. Mohd. Faizal
Tel : 019-2111 030
Emel : faizal@mfa.org.my
Nama : En. Mohd. Rithauddin
Tel : 019-250 3971
Emel : rithauddin@mfa.org.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|