|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 14/11/2017
JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MEDIA SEMPENA KETIBAAN JENAZAH PENGURUS PENYELIDIKAN PEMASARAN BAHAGIAN PEMASARAN DAN KOMUNIKASI MYCEB
YB Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan hadir untuk menyambut ketibaan jenazah Manisa Mohamed Nor, Pengurus Penyelidikan Pemasaran Bahagian Pemasaran dan Komunikasi, Biro Pameran & Konvensyen Malaysia (MyCEB). Ketetapan adalah seperti berikut:
Hari/Tarikh : Selasa 14 November 2017
Masa : 5.00 Petang
Tempat : KLIA Cargo Village
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan ketibaan jenazah tersebut.
SUMBER : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Encik Izad Ismail bin Abdullah
Pengurus bahagian PR, Komunikasi dan Digital (MyCEB)
Tel : 019- 314 9606
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|