|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 22/11/2017
SIDANG MEDIA ANUGERAH NASYID 2017(AN17)
Konsert Semi-Final Anugerah Nasyid 2017(AN17) anjuran bersama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan TV Al-Hijrah telah disiarkan secara langsung di TV Al-Hijrah pada 11,18 November 2017 (Sabtu) dan yang terakhir adalah seperti ketetapan berikut :
Hari/Tarikh : Sabtu 25 November 2017
Masa : 8.00 malam
Tempat : AlHijrah Big Studio (ABS), TV Al-Hijrah, Persiaran Cyber Point Selatan, Cyber 8, Cyberjaya, Selangor
Program hasil kerjasama NBOS, IKIM dan TV Al-Hijrah ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada penggiat industri dari kalangan pencipta lagu, penulis lirik, penyanyi dan lain-lain pihak yang terlibat dalam penghasilan karya mereka. Lagu-lagu nasyid yang dipertandingkan tidak hanya menampilkan genre nasyid semata-mata tetapi diperluaskan juga kepada lagu yang bertemakan ketuhanan dan kemanusiaan.
Sebagai usaha publisiti, pihak IKIM dengan sukacita ingin menjemput wakil-wakil media membuat liputan sempena sidang media yang akan mengumumkan artis yang bakal ke peringkat akhir dan tarikh Anugerah Nasyid 2017 peringkat akhir tersebut.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
Sumber : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat, IKIM
Nama : Pn. Zawiah binti Md. Sari
Tel : 03-6204 6329/019-333 4253
-BERNAMA |
|
|
|
|
|