|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 22/11/2017
MAKLUMAN : PEMBUKAAN PUSAT MEDIA BERSEMPENA KARNIVAL JUALAN MEGA 2017 DI BULATAN AMANJAYA, MERU, IPOH, PERAK
Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengadakan program Karnival Jualan Mega 2017 bertempat di Bulatan Amanjaya, Meru, Ipoh, Perak.
Sehubungan itu, satu pusat media disediakan di tapak karnival bermula 22 November 2017 sehingga 26 November 2017 bermula 9 pagi hingga 10 malam.
Pembukaan pusat media ini bertujuan untuk memberi kemudahan dan prasarana yang efisien untuk wartawan dan jurugambar berpusat di bawah satu bumbung untuk menghantar tugasan berita dan foto masing-masing.
Dimohon semua wakil media untuk mengemukakan pas perakuan media yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan semasa mendaftar.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan karnival tersebut.
Sumber : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Luqman Hakim Abd Malik
Tel : 012-2065465
Nama : Razali Mohd Yassin
Tel : 019-3564950
Nama : Annuar Bin Roshad
Tel : 017-3810901
-BERNAMA |
|
|
|
|
|