|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 23/11/2017
Hari Bertemu Pelanggan 2017
Semua rakan media dijemput untuk membuat liputan Hari Bertemu Pelanggan 2017 Lembaga Zakat Selangor.
Lembaga Zakat Selangor membuka pintu seluas-luasnya kepada masyarakat di Selangor terutama di sekitar Shah Alam untuk bersama-sama memeriahkan program yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Sabtu 25 November 2017
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Ibu Pejabat Lembaga Zakat Selangor, Bangunan Zakat Selangor, 3-01-1, Presint ALAMi, Pusat Perniagaan Worldwide 2, Persiaran Akuatik, Seksyen 13, Shah Alam
Program
9.00 pagi :
- Kehadiran masyarakat
- Pembukaan Kaunter Kutipan & Agihan Zakat
- Aktiviti Zakat On Wheels
- Pameran Kemahiran & Kerjaya untuk asnaf dan anak-anak asnaf
- Jualan Makanan & Minuman (Food Truck)
- Pemeriksaan Kesihatan & Pergigian Percuma
10.30 pagi :
- Ketibaan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Y.A.D Dato' Setia Haji Mohamad Adzib Mohd Isa
- Persembahan Nasyid oleh Pelajar Bait Al-Hasanah
- Sesi Open Mic bersama Dato' Dr. Izhar Ariff Kashim
- Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak
- Aktiviti Bersama Team Malaysia Riders
- Penyampaian Hadiah
2.00 petang :
- Bersurai
*Tertakluk kepada sebarang perubahan
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Hari Bertemu Pelanggan 2017 tersebut.
SUMBER : Lembaga Zakat Selangor
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Ima Syuhada Ismail
Tel : 012 387 7835
Nama : Ahmad Zubir Zaiyadi
Tel : 012 295 5435
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|