|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 24/11/2017
JEMPUTAN: MAJLIS PELANCARAN PRODUK PEMBIAYAAN AGRO TERAS
Merujuk perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Agrobank akan melancarkan produk pembiayaan terbaharunya yang dikenali sebagai Agro TERAS. Pelancaran produk berkenaan akan disempurnakan oleh En. Buckland ak. Bangik, Setiausaha Tetap Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak. Butiran majlis adalah seperti berikut:
Hari/Tarikh : Sabtu 25 November 2017
Masa : 8.45 pagi - 11.00 pagi
Tempat : Restoran PNK Sri Muara, Muara Tebas, Kuching, Sarawak
Sila klik di sini untuk Program
Untuk makluman tuan/ puan,. Agro TERAS merupakan satu produk pembiayaan yang diperkenalkan khusus bagi membantu usahawan mikro yang tergolong dari kumpulan B40 iaitu golongan yang berisiko tinggi dan tidak berkeupayaan memenuhi syarat standard pembiayaan yang ditawarkan oleh kebanyakan institusi kewangan di negara ini.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
Sumber : Agrobank
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Syuhada Abdul Rais
Pegawai Perhubungan Awam, Agrobank
Tel : 03-2731 1600 (ext 1651) / 012-672 4732
-BERNAMA |
|
|
|
|
|