|
|
|
|
 |
| |
|
|
Sabtu 25/11/2017
Seminar IPO : Stairway To Listing 2017
Sukacita ingin dimaklumkan bahawa, SME Corp. Malaysia dengan kerjasama Amanah Investment Berhad (MIDF), Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dan Bursa Malaysia Berhad akan menganjurkan "Seminar IPO: Stairway to Listing 2017" yang akan berlangsung di Dewan Mahkota, SME Corp.Malaysia pada 28 November 2017. Seminar ini adalah bertujuan untuk membantu syarikat PKS yang berpotensi untuk disenaraikan di Bursa Malaysia melalui pendedahan kepada prosedur dan proses yang terlibat dalam penyenaraian di Bursa Malaysia. Syarikat seterusnya boleh mendapat akses modal yang lebih besar bagi pengembangan pelan perniagaan syarikat. Sesi Dialog bersama YB Menteri MITI akan turut diadakan bagi mendapatkan maklumbalas dan pandangan terhadap peluang PKS dalam proses penyenaraian terutama sekali melalui Leading Entrepreneur Accelerator Platform (LEAP).
"Seminar IPO: Stairway to Listing 2017" akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Selasa 28 November 2017
Masa : 11.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : SME Corp. Malaysia
Dewan Mahkota, Aras 5, Blok B,
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur
Sila klik disini untuk Program
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan seminar tersebut.
SUMBER : SME Corp. Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Encik Raja Mohd Fitri Raja Jusoh
Tel : 03-2775 6115
Emel : mohdfitri@smecorp.gov.my
Nama : Cik Nur Madihah Masu'ddi
Tel : 03-2775 6358
Emel : nurmadihah@smecorp.gov.my
Nama : Puan Suzy Yanty Ahmas Rubani
Tel : 03-2775 6300
Emel : suzy_yanty@smecorp.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|