|
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 27/11/2017
JEMPUTAN : Majlis Pelancaran Drama Mini Bersiri Chor & Chah Musim Kedua & SCENIC
Sejajar dengan pengumuman tahun 2017 sebagai tahun permulaan perniagaan dan mempromosikan PKS, SME Corp. Malaysia selaku Agensi Penyelaras Pusat PKS Malaysia dengan kerjasama Suhan Movies & Trading Sdn Bhd telah menerbitkan Drama Mini Bersiri Chor & Chah untuk menyebarkan maklumat berkenaan dengan bantuan dan insentif Kerajaan kepada PKS di Malaysia di dalam bentuk yang lebih interaktif dan mudah difahami. Drama Mini Bersiri Chor & Chah musim pertama telah ditayangkan pada bulan Ogos yang lalu. Untuk musim pertama drama ini, ianya memfokuskan kepada insentif, bantuan, keperluan dan langkah-langkah untuk memulakan perniagaan yang perlu diambil oleh usahawan-usahawan baharu terutamanya golongan belia yang ingin menceburi dunia keusahawanan.
Bagi memastikan kesinambungan jalan cerita dan maklumat yang lebih terperinci dapat disampaikan kepada para usahawan, SME Corp. Malaysia telah menerbitkan drama mini bersiri musim kedua yang akan ditayangkan mulai 5 Disember 2017. Musim kedua drama ini pula akan memfokuskan kepada insentif dan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan untuk usahawan mengembangkan perniagaan mereka sehingga menembusi pasaran global. Sehubungan itu, satu majlis pelancaran Drama Mini Chor & Chah musim kedua yang akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Rabu 29 November 2017
Masa : 4:30 petang
Tempat : Lobby Aras 6,
Blok B, Platinum Sentral, SME Corp. Malaysia
Tetamu Kehormat : YAB Dato' Seri Mohd Najib Bin Haji Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Serentak dengan majlis pelancaran Drama Mini Chor & Chah musim kedua ini, akan turut diadakan majlis pelancaran SME Central Incentives System (SCENIC) yang merupakan pangkalan data bersepadu yang mengandungi senarai penerima insentif dan bantuan kewangan kerajaan bagi membolehkan keputusan kelulusan bantuan kerajaan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan. SCENIC memberi kelebihan kepada kementerian dan agensi yang terlibat dalam mengenalpasti jumlah sebenar PKS yang menerima bantuan Kerajaan, bilangan PKS yang mendapat pelbagai dana/ program daripada Kerajaan, bilangan PKS yang menyempurnakan projek yang diluluskan dan keberkesanan program terhadap pembangunan PKS. Dengan ini akan dapat meningkatkan lagi ketelusan dan penilaian kerajaan dalam pemberian bantuan kepada PKS secara amnya.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut dan seterusnya hadir ke Sidang Media yang akan diadakan selepas selesai Majlis Pelancaran ini.
SUMBER : SME Corp. Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Nor Azian Md Yusof
Tel : 03-2775 6174
Emel : azian@smecorp.gov.my
Nama : Encik Nor Fairul Halif Norman
Tel : 03-2775 6222
Emel : fairulhalif@smecorp.gov.my
-BERNAMA |
|
|
|
|
|