Disember 22, 2025 -Isnin

 
 
 

Selasa 28/11/2017

JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA BAGI SIDANG MEDIA PENGUMUMAN KEMPEN YEZ 2017

Pusat Pungutan Zakat -MAIWP (PPZ-MAIWP) akan mengadakan Sidang Media pengumuman kempen Year End Zakat (YEZ) 2017 seperti ketetapan berikut :

Hari/Tarikh : Isnin 4 Disember 2017

Masa : 10.30 pagi - 11.30 pagi

Tempat : Ting 7, Wisma PPZ, 68-1-6, Dataran Shamelin, Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa, 56100 Kuala Lumpur

Objektif kempen YEZ 2017 ini adalah bagi menggalakkan umum menunaikan zakat sebelum berakhir tahun 2017. Pelbagai aktiviti dan tawaran yang menarik menunggu para pembayar zakat yang menyertai kempen YEZ 2017 ini. Sidang media ini akan dilaksanakan oleh Tuan Hj Mohd Rais Hj Alias, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sidang media pengumuman kempen YEZ 2017 tersebut.

SUMBER : Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Nur Haliza
Tel : 012-5003547

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.