|
|
|
|
 |
| |
|
|
Sabtu 02/12/2017
JEMPUTAN KE SIDANG MEDIA MENGENAI SISTEM INSURANS PEKERJAAN (SIP) SEMPENA LAWATAN YBHG. DATO' DR. MOHD GAZALI B. ABAS, KETUA SETIAUSAHA, KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA KE PERKESO
Dimaklumkan bahawa PERKESO akan mengadakan Sidang Media mengenai Sistem Insurans Pekerjaan (SIP). SIP merupakan jaringan keselamatan sosial yang bertujuan bagi membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan yang terdiri daripada 2 komponen utama iaitu Insurans Pekerjaan (Employment Insurance) dan Dasar Buruh Aktif (Active Labour Market Policies, ALMP). Ia akan dilaksanakan mulai Januari 2018 ini.
Sehubungan itu, PERKESO berhasrat untuk menjemput wakil-wakil media ke sidang media ini seperti butiran di bawah:
Hari/Tarikh : Selasa 5 Disember 2017
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Bilik Makan Eksekutif, Aras 7,
Menara PERKESO,
281 Jalan Ampang, 50538 Kuala Lumpur
Kehadiran tuan/puan amat dihargai bagi memastikan maklumat mengenai SIP ini dapat disampaikan kepada semua golongan pekerja di negara ini.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sidang media tersebut.
SUMBER : PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL
UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN RSVP, SILA HUBUNGI:
Nama : Pn Wan Norshakila
Tel: 012-6040964
-BERNAMA |
|
|
|
|
|