Disember 22, 2025 -Isnin

 
 
 

Rabu 06/12/2017

AKTIVITI DEMONSTRASI DAN JUALAN KRAF SEMPENA MUSIM CUTI PERSEKOLAHAN DI PRIMULA BEACH HOTEL KUALA TERENGGANU

Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dengan kerjasama Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu sedang mengadakan aktiviti demonstrasi dan jualan kraf sempena musim cuti persekolahan seperti ketetapan berikut:

Demonstrasi Kraf - Tenunan songket

Hari/Tarikh : Isnin - Ahad 4 hingga 31 Disember 2017 (28 hari)

Masa : 8.00 pagi - 4.00 petang

Tempat : Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu


Aktiviti Jualan Kraf

Hari/Tarikh : Isnin - Ahad 4 hingga 31 Disember 2017 (28 hari)

Masa : 8.00 pagi - 6.00 petang

Tempat : Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu


Melalui kerjasama ini, secara tidak langsung akan memberi peluang kepada usahawan kraftangan tempatan mempromosi dan memperkenalkan produk kraf kepada pengunjung dan tetamu hotel bersempena musim cuti persekolahan.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan aktiviti- aktiviti tersebut.

SUMBER : Kraftangan

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu
Tel : 09 - 617 1033

Bahagian Komunikasi Korporat, Kraftangan Malaysia
Tel : 03-2162 7459

Nama : Cik Noor Azima Alwi
Tel : 013 - 727 6672

Nama : Cik Norehan Ab. Ghani
Tel : 012- 657 8824

-BERNAMA



 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.