|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 08/12/2017
JEMPUTAN MEDIA BERKENAAN PROGRAM FIESTA NANAS 60 SEMPENA SAMBUTAN 60 TAHUN LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) akan mengadakan Fiesta Nanas 60 Sempena Sambutan 60 Tahun Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia mulai 14 hingga 17 Disember 2017 yang akan dirasmikan oleh YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia pada 14 Disember 2017.
Sehubungan itu, satu Sidang Media berkenaan dengan Program Fiesta Nanas 60 akan diadakan oleh YB Datuk Hj Samsolbari Jamali, Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia pada masa dan tempat seperti berikut:
Hari/Tarikh : Isnin 11 Disember 2017
Masa : 10.00 pagi
Tempat :Bilik Mesyuarat MD2, Wisma Nanas, Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru UDA
Johor Bahru
Program
9.30 pagi : Pendaftaran Media
10.00 pagi : Pengenalan kepada Program Fiesta Nanas 60
Sempena Sambutan 60 Tahun Lembaga Perindustrian Nanas
Malaysia
Sidang Media
Minum pagi
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sidang media tersebut.
SUMBER : Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : En Elmie Adha
Tel : 013 - 300 9075
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|