Disember 22, 2025 -Isnin

 
 
 

Rabu 13/12/2017

KEM "KLINIK JAWI"

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan menganjurkan KEM "KLINIK JAWI" pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Sabtu 16 Disember 2017/28 Rabiulawal 1439H

Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang

Tempat : Dewan Besar, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)



Pengenalan

Di Malaysia, pelbagai program telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak dalam usaha menyemarakkan dan membudayakan tulisan jawi di kalangan masyarakat Islam. IKIMfm juga turut menerbitkan Rancangan Klinik Jawi dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) yang bersiaran pada setiap hari Sabtu jam 9.30 pagi. Dengan adanya program 'Klinik Jawi', ia membuka peluang kepada pelbagai lapisan masyarakat mendekati tulisan jawi sebagai satu skrip penulisan yang indah dan mudah untuk dikuasai.

Program Klinik Jawi di IKIMfm juga berjaya menarik perhatian pendengar dengan mendapat maklumbalas yang positif dan sangat memberangsangkan. Sehubungan itu, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), IKIMfm dan Unit Perundingan IKIM akan menganjurkan 'KEM KLINIK JAWI' sebagai satu lagi batu loncatan bagi program Klinik Jawi di IKIMfm mendekati masyarakat dengan lebih dekat lagi.


Objektif

i) Mendidik para peserta mencintai tulisan jawi melalui kaedah pembelajaran tulisan jawi yang mudah dan ringkas; dan

ii) Mendedahkan para peserta dengan kaedah ejaan jawi terkini oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka.


Program

8.00 pagi - 8.30 pagi : Pendaftaran

8.30 pagi- 10.30 pagi : Sesi 1:
Pengenalan Sistem Ejaan Jawi Baharu

10.30 pagi - 11.00 pagi : Kudapan

11.00 pagi - 1.00 petang : Sesi 2:
Sistem Ejaan Kata Melayu Jati

1.00 petang - 2.30 petang : Makan Tengah Hari dan Solat Zuhur

2.30 petang - 4.30 petang : Sesi 3
Sistem Ejaan Kata Serapan
- Kata Serapan Inggeris
- Kata Serapan Arab

: Majlis Penutup

4.10 petang : Ketibaan YBhg. Dato' Nafisah Ahmad
Ketua Pengarah
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

: Ketibaan YBhg. Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin
Ketua Pengarah
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

4.15 petang : Bacaan Doa

4.20 petang : Pelaporan Kem Klinik Jawi 2017

4.25 petang : Ucapan Aluan
YBhg. Dato' Nafisah Ahmad
Ketua Pengarah
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

4.40 petang : Ucapan Penutup
YBhg. Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin
Ketua Pengarah
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

4.45 petang : Penyampaian Sijil

4.55 petang : Bersurai


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Kem "Klinik Jawi" tersebut.

Sumber : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Pn. Zawiah
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Tel : 03-6204 6329/019-333 4253

Nama : Pn. Wan Zahidah
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Tel : 03-6204 6330/019-276 8003

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.