|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 13/12/2017
MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM SEKOLAH LADANG TANI (FFS) SEBUYAU DAN PERASMIAN JALAN LADANG KG. BAJONG SEBUYAU, SARAWAK
Lembaga Koko Malaysia (LKM) akan menganjurkan Majlis Perasmian Penutupan Program Sekolah Ladang Tani (FFS). Program FFS merupakan satu latihan 'hands-on' kepada petani koko mengenai pengurusan tanaman dan kawalan penyakit dan perosak koko. Seramai 20 peserta akan menerima peserta akan menerima sijil graduasi Semasa majlis penutupan FFS Sebuyau seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Khamis 14 Disember 2017
Masa : 9.45 pagi
Tempat : Dewan Masyarakat Sebuyau Kg. Bajong, Sebangan, 94850 Sebuyau, Sarawak
Dalam majlis yang sama, Jalan Ladang Kampung Bajong, Sebuyau, sepanjang 2 km, iaitu projek di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, akan turut dirasmikan.
Majlis perasmian akan disempurnakan oleh YBhg. Datin Norhaini Udin, Ketua Pengarah LKM.
Program
9.30 Pagi : Ketibaan Para Jemputan
10.00 Pagi : Ketibaan YBhg. Datin Norhaini Udin, Ketua Pengarah, Lembaga Koko Malaysia
Lawatan ke Pameran Hasil Pembelajaran Peserta FFS Sebuyau
10.30 Pagi : Nyanyian Lagu Negaraku
Ucapan alu-aluan oleh En. Simon anak Jim, wakil peserta FFS Sebuyau
Ucapan Perasmian oleh YBhg. Datin Norhaini Udin Ketua Pengarah, Lembaga Koko Malaysia
Simbolik Penyampaian Input Pertanian kepada Ketua Kelompok Koko Kawasan Sebuyau dan Penyampaian Sijil Graduasi Sekolah Ladang Petani (FFS) kepada peserta
1.00 Tengah hari : Makan Tengahari
2.00 petang : Bertolak ke Kampung Bajong
2.15 Petang : Perasmian Jalan Ladang Kampung Bajong dan lawatan ke kebun koko peserta setempat
3.00 petang : Bertolak ke Kuching
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Perasmian tersebut.
SUMBER : Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Kartina Hamzah
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Tel : 019 - 393 2983 / 03 - 8887 8236
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|