Disember 22, 2025 -Isnin

 
 
 

Rabu 13/12/2017

MAJLIS SIDANG MEDIA SEMPENA PELAKSANAAN INTEGRATED MANASIK MONITORING SYSTEMS (IMAMS) PADA 15 DISEMBER 2017 (JUMAAT)

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) dengan kerjasama Integrated Manasik Monitoring System Sdn. Bhd. akan mengadakan satu Majlis Sidang Media Sempena Pelaksanaan Integrated Manasik Monitoring Systems (IMAMS) seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Jumaat 15 Disember 2017

Masa : 10.15 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Aras 18, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

VIP : YB Datuk Wira Mas Ermieyati Binti Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia


IMAMS adalah sebuah sistem yang memberi perlindungan kepada jemaah daripada kes-kes penipuan dan memberi kemudahan kepada jemaah memilih pakej-pakej Umrah yang ditawarkan oleh agensi-agensi pelancongan yang sah serta beriesen. Ianya juga turut berfungsi sebagai satu sistem bersepadu bagi menyelaras, memantau, mengurus dan melaporkan semua urus tadbir pengendalian pakej umrah oleh semua agensi pelancongan yang memiliki Lesen Khas Umrah (LKU) bagi pihak Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) dan MOTAC.

Program

10.00 Pagi : Ketibaan Tetamu dan Media

10.25 Pagi : Ketibaan YB Datuk Wira Mas Ermieyati Binti Samsudin,
Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

Ketibaan YBhg. Datuk Rashidi Bin Hasbullah,
Ketua Setiausaha, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

Ketibaan YBrs. Puan Nor Yahati Binti Awang,
Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

10.30 Pagi : Majlis Sidang Media

10.45 Pagi : Sesi Soal Jawab

11.00 Pagi : Minum Pagi

11.15 Pagi : Bersurai

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan tersebut.

SUMBER : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : MUHAMMAD HUZAIFA BIN NAHARAZMI
Unit Komunikasi Korporat
Tel : 03-8891 7822
Emel : muhdhuzaifa@motac.gov.my

-BERNAMA











 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.