|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 14/12/2017
JEMPUTAN MEDIA KE SIDANG MEDIA MENGENAI OPS DAFTAR UNTUK ENROLLMENT PORTAL ASSIST
Dimaklumkan bahawa PERKESO berhasrat untuk menjemput semua media ke sidang media berkaitan perkara di atas.
Objektif sidang media ini adalah untuk memberi penerangan mengenai sistem yang akan digunakan oleh PERKESO yang dipanggil ASSIST.
Portal ASSIST (Automated SOCSO Integrated System) PERKESO merupakan gerbang perkhidmatan secara atas talian untuk majikan berurusan dengan PERKESO.
Sehubungan itu, PERKESO ingin menjemput wakil-wakil media seperti butiran di bawah:
Hari/Tarikh : Selasa 19 Disember 2017
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Dewan Intan, Aras 8, Menara PERKESO
218 Jalan Ampang, 50538 Kuala Lumpur
Jurucakap : YBhg. Dato. Dr. Mohammed Azman B. Dato'Aziz Mohammed
Ketua Eksekutif PERKESO
Kehadiran wakil-wakil media amat dihargai bagi memastikan maklumat terkini mengenai PERKESO dapat disampaikan kepada semua golongan masyarakat di negara ini terutamanya golongan majikan dan pekerja.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sidang media tersebut.
SUMBER : PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Pn Wan Norshakila
Tel : 012-6040964
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|