Disember 22, 2025 -Isnin

 
 
 

Selasa 19/12/2017

MAJLIS PERTAULIAHAN DAN GRADUASI USAHAWAN PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)

Dengan segala hormatnya, wakil-wakil media adalah dijemput untuk menghadiri "MAJLIS PERTAULIAHAN DAN GRADUASI USAHAWAN PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)" seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 21 Disember 2017

Masa : 2.30 petang

Tempat : BizClub Bangunan PKNS BizPoint, Seksyen 7 Shah Alam

Sila klik di sini untuk PROGRAM


Majlis Pertauliahan dan Graduasi ini akan meraikan peserta-peserta GROW seramai 28 orang yang mana telah mencatatkan jumlah jualan dalam tempoh 6 bulan pada tahun 2017 sebanyak RM787,190.88.

Untuk makluman, program ini telah disertai oleh 273 peserta bermula dari tahun 2012 dengan nilai jualan terkumpul sehingga November 2017 adalah sebanyak RM17.3 juta.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

**Kerjasama tuan/puan untuk membuat pengesahan kehadiran dengan kadar segera amat kami hargai.


SUMBER : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Fadzly
Tel : 03-55250300 / ext-1080 atau 012-6817850


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.