|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 22/12/2017
JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MEDIA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PAMERAN NEW COMERS #2
Sukacita dimaklumkan bahawa Balai Seni Negara akan mengadakan Pameran New Comers #2 bermula dari 19 Disember 2017 sehingga 4 Januari 2018 bertempat di Creative Space 2, Artiseri Galeri, Seri Pacific Hotel.
New Comers #2 adalah kesinambungan New Comers sebelum ini yang pernah diadakan di Creative Space 1, Balai Seni Negara. Pameran ini menampilkan 6 orang anak muda pelajar lepasan pengajian tinggi awam dalam bidang seni lukis halus dari institusi tempatan. Bakat dengan kepelbagaian genre tersendiri hasil daripada pelajaran yang diterima seperti proses, konsep dan latihan berterusan digunakan sebaik mungkin dan digabungkan dalam pameran ini. Balai Seni Negara berusaha membantu artis muda dengan menonjolkan bakat artis-artis muda untuk bersaing dalam insdustri seni.
Sehubungan dengan itu, satu Majlis Perasmian New Comers #2 akan diadakan dan dirasmikan oleh YBrs. Encik Philip Wong Hon Keong, Ahli Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara seperti butiran berikut:
Hari/Tarikh : Rabu 27 Disember 2017
Masa : 3.00 petang
Tempat : Creative Space 2, Artiseri Galeri, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur
Sila klik di sini untuk Program
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis perasmian tersebut.
SUMBER : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Norbai'dah Binti Ambak
Tel : 019-2209387
Nama : Encik Haniff Bin Ayub
Tel : 017-2838664
Email : pr.artgallery@1govuc.gov.my
-BERNAMA |
|
|
|
|
|