Disember 22, 2025 -Isnin

 
 
 

Jumaat 22/12/2017

JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MEDIA KE MAJLIS RUMAH TERBUKA MALAYSIA (MRTM) KRISMAS 2017

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) akan menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Krismas 2017 seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Rabu 27 Disember 2017

Masa : 8.00 Malam

Tempat : Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan
Bandar Hilir, Melaka

VIP : YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi
Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Sila klik di sini untuk Program

Sila klik di sini untuk Poster

Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) adalah merupakan acara tahunan peringkat nasional di bawah anjuran MOTAC bagi meraikan setiap perayaan keagamaan yang disambut oleh pelbagai kaum di Malaysia. Ianya bertujuan memupuk perpaduan dan persefahaman masyarakat pelbagai kaum selain mempromosikan tradisi sambutan perayaan di Malaysia sebagai salah satu wadah pelancongan negara.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : MUHAMMAD HUZAIFA BIN NAHARAZMI
Unit Komunikasi Korporat
Tel: 03-8891 7822
Emel: muhdhuzaifa@motac.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.