Disember 22, 2025 -Isnin

 
 
 

Selasa 02/01/2018

JEMPUTAN MEDIA KE MAJLIS PRA PELANCARAN & SIDANG MEDIA PETS LOVER FIESTA

Sukacita dimaklumkan, Karlrush Catz Gallery, Kelab Kucing Malaysia dan Kraftangan Malaysia akan mengadakan Pets Lover Fiesta pada 3 hingga 11 Februari 2018 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi lebih pengetahuan kepada masyarakat berkaitan haiwan peliharaan disamping dapat memupuk rasa tanggungjawab manusia kepada haiwan.

Sehubungan itu, satu Majlis Pra Pelancaran dan Majlis Sidang Media Pets Lover Fiesta akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 4 Januari 2018

Masa : 2.45 petang

Tempat : Laman Wau, Kompleks Kraf Kuala Lumpur
50450 Jalan Conlay, Kuala Lumpur

Tetamu Kehormat : Yang Berbahagia Encik Ibrahim bin Ismail
Ketua Pengarah
Kraftangan Malaysia


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Pra Pelancaran dan Majlis Sidang Media Pets Lover Fiesta tersebut.

Sumber : KRAFTANGAN MALAYSIA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
KRAFTANGAN MALAYSIA
Tel : 03-2161 3793
www.kraftangan.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.