Disember 22, 2025 -Isnin

 
 
 

Rabu 03/01/2018

JEMPUTAN MEDIA KE SESI TEMUBUAL YBHG. TAN SRI DATO' SRI DR. ASEH B. HJ. CHE MAT, PENGERUSI LEMBAGA PERKESO BERSAMA MEDIA

Dimaklumkan bahawa YBhg.Tan Sri Dato' Sri Dr Aseh B. Hj Che Mat, Pengerusi Lembaga PERKESO berhasrat untuk menjemput semua media ke satu sesi temubual bersama beliau seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 4 Januari 2018

Masa : 02.30 Petang

Tempat : Kaunter Pengoperasian Sistem Insurans Pekerjaan (SIP),
Wisma PERKESO Kuala Lumpur,
NO: 155 Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur

Tujuan jemputan ini dipanjangkan untuk memaklumkan maklumat terkini mengenai pengoperasian pejabat SIP yang terletak di Wisma PERKESO, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Kehadiran wakil-wakil media amat dihargai bagi memastikan maklumat terkini mengenai SIP dapat disampaikan kepada semua golongan masyarakat di negara ini terutamanya golongan majikan dan pekerja.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Pn Wan Norshakila
Tel : 012-6040964

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.