|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 09/01/2018
KARNIVAL MAHABBAH IKIM SELANGOR 2018 & ANUGERAH NASYID 2017(AN17)
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan Karnival Mahabbah IKIM Selangor 2018 bersempena Anugerah Nasyid 2017 (AN17) seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Jumaat-Ahad 12 - 14 Januari 2018
Masa : (Rujuk Program)
Tempat : Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor
Karnival Mahabbah IKIM Selangor 2018 merupakan program turun padang IKIM ini akan bermula pada 12 - 14 Januari 2018. Program-program menarik akan diadakan selama tiga hari berturut-turut iaitu Ekspo Pameran & Jualan Produk, program Dari Konti ke Pentas, Forum Sains dan Islam, Buku @ IKIM, pertandingan memanah, mewarna dan lain-lain aktiviti yang terbuka kepada orang ramai dan akan turut dimeriahkan dengan penampilan maskot Omar & Hana serta Didi & Friends. Hampir 200 buah booth rakan-rakan usahawan, korporat dan lain-lain akan turut menjayakan program di perkarangan Stadium Malawati, Shah Alam.
Kemuncak pada karnival dimeriahkan lagi dengan masjlis Anugerah Nasyid 2017 (AN17) yang diadakan pada 13 Januari 2018, jam 9.00 malam. Ini merupakan program hasil kerjasama NBOS, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Al-Hijrah Media Corporation (TV Alhijrah) yang bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada penggiat industri dari kalangan pencipta lagu, penulis lirik, penyanyi dan lain-lain pihak yang terlibat dalam penghasilan karya mereka. Lagu-lagu nasyid yang dipertandingkan tidak hanya menampilkan genre nasyid semata-mata tetapi diperluaskan juga kepada lagu yang bertemakan ketuhanan dan kemanusiaan.
Penilaian penganugerahan yang jitu lagi berkesan daripada Panel Juri Profesional yang dilantik di kalangan para penggiat industri muzik tempatan pasti akan menjadikan Majlis AN2017 nanti sebuah majlis yang berprestij serta unggul di arena hiburan islam tempatan dan antarabangsa.
Program
12 Januari 2018 (Jumaat)
3.00 petang - 11.00 malam : Pameran dan Jualan Produk
12.30 petang - 2.00 petang : Solat Jumaat
3.00 petang - 4.15 petang : Busking bersama REMEDI
4.30 petang - 5.00 petang : Solat Asar
5.00 petang - 6.30 petang :
Bersama Artis
Heliza Helmi
Aktiviti Memanah
7.00 petang - 8.45 malam : Solat Maghrib & Isyak
9.00 malam - 10.30 malam :
Forum Sains & Islam
Tetamu:
i - Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin
ii - Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin
iii- Ustazah Norhafizah Musa
13 Januari 2018 (Sabtu)
9.00 pagi - 11.00 malam : Pameran dan Jualan Produk
10.00 pagi - 10.30 pagi : Penampilan Maskot Didi & Friends
Konvoi Motor Berkuasa Tinggi
10.30 pagi - 12.00 petang :
Dari Konti Ke Pentas:
Tarbiyah
Tetamu: Dr. Sharifah Hayaati
12.00 petang - 12.30 petang :
Penampilan Maskot Didi & Friends
Aktiviti Memanah
12.30 petang - 2.00 petang : Solat Zohor
2.00 petang - 2.30 petang : Penampilan Maskot Didi & Friends
Aktiviti Memanah
2.30 petang - 4.30 petang:
Slot Bersama Penaja
Jamu Ratu Malaya (JRM)
4.30 petang - 5.00 petang : Solat Asar
5.00 petang - 6.30 petang :
Dari Konti Ke Pentas: Mau'izati
Tetamu:
Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani
Pertandingan Memanah
6.30 petang - 9.00 malam : Solat Maghrib & Isyak
9.00 malam - 11.00 malam : Anugerah Nasyid 2017 (LIVE)
14 Januari 2018 (Ahad)
9.00 pagi - 6.00 petang : Pameran dan Jualan Produk
9.00 pagi - 11.30 pagi :
Pertandingan Mewarna Bersama
Syerif Tea & Galeri Ilmu
Penampilan Maskot Omar & Hana
Aktiviti Memanah
11.30 pagi - 12.30 petang :
Buku @ IKIM: Penerbit IKIM
12.30 petang - 1.00 petang : Penampilan Maskot Omar & Hana
1.00 petang - 2.00 petang : Solat Zohor
2.00 petang - 2.30 petang : Penampilan Maskot Omar & Hana
2.30 petang - 3.00 petang : Penampilan Pemenang AN17
3.00 petang - 4.00 petang : Busking Bersama REMEDI
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Karnival tersebut.
SUMBER : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Pn. Zawiah Md. Sari
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Tel : 03-6204 6329/019-333 4253
Nama : Pn. Wan Zahidah Wan Zainuddin
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Tel : 03-6204 6330/019-276 8003
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|