|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 16/01/2018
MAJLIS PERASMIAN DAN MENANDATANGANI PERJANJIAN WAKAF MAIK MUAMALAT
Bank Muamalat Malaysia Berhad ingin menjemput rakan-rakan media ke Majlis Perasmian dan Menandatangani Perjanjian Wakaf MAIK Muamalat. Yang Maha Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, Pemangku Raja Kelantan merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah mengampuni perkenan untuk menyempurnakan majlis.
Majlis tersebut akan diadakan seperti di bawah:
Hari/Tarikh : Rabu 17 Januari 2018
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Bunga Emas, Hotel Perdana, Kota Bharu Kelantan
Pakaian :
Lelaki : Baju Kebangsaan
Perempuan : Tertib
Program
10.00 pagi : Ketibaan Dif Dif Jemputan
10.30 pagi : Ceramah Wakaf
11.00 pagi : Keberangkatan tiba Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
11.20 pagi : Lagu Selamat Sultan dimainkan
11.25 pagi : Bacaan Al Quran oleh Qari jemputan
11.30 pagi : Persembahan Ucapan oleh Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
11.35 pagi : Persembahan Ucapan oleh Ahli Lembaga Pengarah Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB)
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
Sumber : Bank Muamalat Malaysia Berhad
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : NURSHAZRINA ABDULLAH
Tel : 0123589876
Emel : nurshazrina@muamalat.com.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|