|
|
|
|
|
|
Rabu 17/01/2018
JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MEDIA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PAMERAN "KARTUN DAN KITA" DAN PELANCARAN KALENDAR ACARA (COE) JMM 2018
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Muzium Malaysia akan mengadakan Majlis Perasmian Pameran "Kartun Dan Kita" dan Pelancaran Kalendar Acara JMM 2018 sebagaimana berikut:
Pameran "Kartun Dan Kita" telah berlangsung sejak 8 Disember 2017 hingga 15 April 2018. Lebih 500 karya yang digabung dari kartunis lama dan baru yang akan dipamerkan khas kepada peminat kartun Malaysia. Terdapat juga aktiviti menarik seperti sudut animasi, sudut interaktif dan macam-macam lagi.
Sehubungan dengan itu, satu Majlis Perasmian "Kartun dan Kita" dan Majlis Pelancaran Kalendar Acara JMM 2018 akan diadakan dan dirasmikan oleh YB Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia seperti butiran berikut:-
Hari/Tarikh : Selasa 23 Januari 2018
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Dataran Muzium Negara
Sila klik di sini untuk Program & Brosur
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : NUR FATIN AKHMA FAUZI
Tel : 03-8891 7188
-BERNAMA |
|
|
|
|
|