|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 21/02/2018
PROGRAM KASIH PKNS MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR & PELANCARAN SMART SELANGOR FIRST HOME BUYERS
Dengan segala hormatnya wakil-wakil media adalah dijemput ke majlis seperti berikut:
Hari/Tarikh : Sabtu 24 Februari 2018
Masa : 11.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Atria Warisan, Kompleks PKNS Shah Alam
Sila klik di sini untuk Program
Y.A.B. Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali, Dato' Menteri Besar Selangor akan melancarkan skim "Smart Selangor First Home Buyers" yang merupakan skim pembiayaan pinjaman bagi wang pendahuluan (deposit) bagi pemilikan hartanah 'Rumah Selangorku' yang dimajukan oleh PKNS dan Kumpulan Anak Syarikat PKNS.
Turut merasmikan Program Kasih PKNS Merakyatkan Ekonomi Selangor yang merupakan edisi kedua penganjuran pada tahun 2018 dengan penyertaan lebih 80 tapak jualan oleh usahawan asnaf dan B40 sepanjang dua (2) minggu bermula pada 14 sehingga 25 Februari 2018.
Kerjasama tuan/puan untuk membuat pengesahan kehadiran dengan kadar segera amat kami hargai.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
Sumber : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN PENGESAHAN KEHADIRAN SILA HUBUNGI:
Nama : AIN
Tel : 03-55250300 / ext-1070 atau 013-6826360
-BERNAMA |
|
|
|
|
|