|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 21/02/2018
MAJLIS SIMBOLIK PENYERAHAN 27 BUAH RUMAH DI BAWAH 'PROJEK BANTUAN RUMAH BANK ISLAM'
Bank Islam Malaysia Berhad ("Bank Islam") akan menganjurkan majlis simbolik penyerahan rumah yang telah dibina dan dibaik pulih di bawah 'Projek Bantuan Rumah Bank Islam' kepada 27 keluarga asnaf di sekitar negeri Melaka. Projek tahun 2017 ini adalah hasil kerjasama Bank Islam bersama Majlis Agama Islam Melaka ("MAIM"), Jabatan Kebajikan Masyarakat ("JKM"), Jabatan Kemajuan Orang Asli ("JAKOA") dan Amanah Ikhtiar Malaysia ("AIM").
Majlis simbolik penyerahan rumah bantuan ini akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, Y.A.B. Datuk Seri Utama Ir. TS Haji Idris Bin Haji Haron dan Ketua Pengawai Eksekutif Bank Islam, Encik Khairul Kamarudin.
Butiran majlis adalah seperti berikut:
Hari/Tarikh : Jumaat 23 Februari 2018
Masa : 2:00 petang
Tempat : Holiday Inn, Melaka
Program
2:00 petang : Ketibaan tetamu undangan dan para wakil media
2:30 petang : Ketibaan dif-dif kehormat
3:00 petang : Ketibaan tetamu kehormat, Ketua Menteri Melaka
Y.A.B. Datuk Seri Utama Ir. TS Haji Idris Bin Haji Haron
3:05 petang : Aluan Pengerusi Majlis
- Bacaan Doa
- Ucapan Aluan oleh Yang Berusaha
Encik Khairul Kamarudin
Ketua Pegawai Eksekutif, Bank Islam Malaysia Berhad
- Ucapan oleh
Y.A.B. Datuk Seri Utama Ir. TS Haji Idris Bin Haji Haron
Ketua Menteri Melaka
- Simbolik Penyerahan Replika Kunci Rumah kepada Penerima dan Sesi Fotografi
- Jamuan Minum Petang
4:30 petang : Majlis dijangka selesai
*Pakaian: Kemas
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : BIMB Holdings Berhad & Bank Islam Malaysia Berhad
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Wan Norkhairi Wan Samad
Tel : 019-3394491 / 03-2782 1232
Nama : Omar Atin
Tel : 019-3919144 / 03-2781 2943
Faks: 03-2781 2998
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|