|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 23/02/2018
JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MEDIA KE PROGRAM SIMPOSIUM AZAM BELAS SEMPENA KL BIENNALE
Balai Seni Negara akan menganjurkan Program Simposium Azam Belas sempena Pameran Kuala Lumpur Biennale. Azam Belas adalah satu kesinambungan, perkongsian dan hasil penelitian yang dilihat dari pameran Kuala Lumpur Biennale . Simposium ini yang membawa makna satu tujuan dan cita-cita. Ianya juga adalah satu harapan dan melihat naratif tema Kuala Lumpur biennale ini memberi impak serta inspirasi kepada penonton seni dalam kehidupan sebenar dan kekinian.
Sehubungan dengan itu, program ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Sabtu & Ahad 24 dan 25 Februari 2018
Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Auditorium Balai Seni Negara
Sila Klik Sini untuk Aturcara Symposium KL BIENNALE 2017
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan ke Program Simposium tersebut.
SUMBER : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Annisa Mohamad Noor / Encik Haniff Ayub
Tel : 03 4026 7000
Emel : pr.artgallery@1govuc.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|