Disember 21, 2025 -Ahad

 
 
 

Jumaat 23/02/2018

JEMPUTAN MEDIA : "SAMBUTAN RUMAH TERBUKA SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2018"

Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Pengangkutan, Negeri Selangor dan Invest Selangor Berhad sebagai Urusetia akan menganjurkan "Sambutan Rumah Terbuka Sempena Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor Tahun 2018" seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Sabtu 24 Februari 2018

Masa : 7.00 malam - 10.30 malam

Tempat : Dataran Petaling Jaya, Jalan Timur, Seksyen 52, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan


Sebagai makluman, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor turut serta Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor telah berkenan untuk mencemar duli bagi menyempurnakan majlis ini.

Program

6.30 petang : Ketibaan tetamu dan persembahan bermula

7.00 malam : Ketibaan Dif-dif Jemputan

7.30 malam : Ketibaan Y.B. Dato' Teng Chang Khim, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Industri Kecil & Sederhana (IKS) dan Pengangkutan, Negeri Selangor & Isteri

7.45 malam : Ketibaan Y.A.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali, Dato' Menteri Besar Selangor & Isteri

8.00 malam : Keberangkatan Tiba Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor

Sembah Ucapan Alu-aluan Oleh Y.B. Dato' Teng Chang Khim, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Industri Kecil & Sederhana (IKS) Dan Pengangkutan, Negeri Selangor

Sembah Ucapan Oleh Y.A.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali, Dato' Menteri Besar Selangor

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Telah Berkenan Merasmikan Majlis Rumah Terbuka Sempena Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor 2018

(Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah berkenan mencemar duli untuk naik ke atas pentas bagi upacara gimik perasmian memukul gong bersama dengan dif-dif kehormat)

Majlis Santapan/ Jamuan Perayaan Tahun Baru Cina Negeri Selangor

Persembahan Kebudayaan

Keberangkatan Balik Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor

Majlis Bersurai

*Nota: Aturcara program ini tertakluk kepada pindaan

Sila Klik sini untuk "Reply Slip Media"

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan ke Sambutan Rumah Terbuka tersebut.

SUMBER : Invest Selangor Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Pn. Haslinda / Pn. Maryani / Pn. Suhaila
Tel : 03-5510 2005
Emel :haslinda@investselangor.my/ maryani@investselangor.my/ suhaila@investselangor.my

-BERNAMA




 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.