Disember 21, 2025 -Ahad

 
 
 

Jumaat 02/03/2018

JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN KE MAJLIS RUMAH TERBUKA MALAYSIA (MRTM) TAHUN BARU CINA 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK) akan menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Tahun Baru Cina 2018. Berikut merupakan ketetapan majlis:

Hari/Tarikh : (Khamis - Sabtu) 1 Mac 2018 - 3 Mac 2018

Masa : 10.30 pagi - 10.30 malam

Tempat : Dataran Amanjaya Mall, Sungai Petani, kedah


Keistimewaan MRTM Tahun Baru Cina 2018 pada kali ini diadakan selari dengan memenuhi konsep Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan kerjasama daripada 4 buah kementerian iaitu Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Kementerian Pengangkutan dan beberapa agensi kerajaan yang lain.

Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada hari Sabtu, 3 Mac 2018 jam 9.00 malam di tempat yang sama.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : En. Ahmad Zaharuddin bin Abu Salim
Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK)
Tel : 012-8435859
Emel : zahar@motac.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.