|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 06/03/2018
SAMBUTAN HARI KRAF KEBANGSAAN 2018
Sukacita dimaklumkan, Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan menganjurkan sambutan Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2018 seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Khamis hingga Ahad 22 Mac - 1 April 2018
Masa : 10.00 pagi hingga 10.00 malam
Tempat : Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay
Sila klik di sini untuk Brosur
Majlis Perasmian akan diadakan pada 26 Mac 2018 (Isnin) jam 1.00 tengahari yang akan disempurnakan oleh Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor, Isteri Perdana Menteri Malaysia.
HKK 2018 merupakan aktiviti tahunan terbesar dan tahun 2018 merupakan sambutan kali ke-16 sejak tahun 2003. Untuk makluman pihak media, objektif penganjuran Hari Kraf Kebangsaan ialah memberi pengiktirafan terhadap penglibatan dan sumbangan usahawan serta penggiat kraf dalam membangunkan dan memajukan industri kraf negara. Sambutan Hari Kraf Kebangsaan ini juga bertujuan membawa produk kraf hasil keluaran usahawan kraf dari seluruh negara terus kepada pengguna. Di samping itu, ia memupuk kesedaran di kalangan masyarakat mengenai perkembangan terkini industri kraf tempatan.
HKK 2018 kali ini bakal dilaksanakan berkonsepkan penggunaan media baru dalam kraf iaitu aplikasi teknologi Internet of Things (IoT) dengan bertemakan Ekspresi Kraf Negaraku. Ia bakal menjadi platform untuk memperkenalkan penggunaan teknologi baru dalam aspek pengkomersialan kraf, pembangunan modal insan, pemuliharaan, pemeliharaan dan perlindungan bagi memastikan kelestarian industri kraf negara. Antara pengisian aktiviti menarik sepanjang HKK 2018 berlangsung adalah seperti Jualan Kraf, Pameran Kraf Baru, Padanan Perniagaan, Demonstrasi Kraf, Fun Craft, Pocket Talk, Persembahan Kesenian, Sajian Negaraku, Showcase Faces Craft dan Pertandingan Tari Rakyat Malaysia serta lain-lain aktiviti yang mempunyai news value bagi hebahan kepada masyarakat.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
Sumber : KRAFTANGAN MALAYSIA
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia
Tel : 03-2161 3793
Nama : Cik Noor Azima Alwi
Tel : 013 - 727 6672
Nama : Cik Norehan Ab. Ghani
Tel : 012- 657 8824
-BERNAMA |
|
|
|
|
|