|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 08/03/2018
MAJLIS PERASMIAN PROGRAM TUBE MEGA 5.0 PERINGKAT KEBANGSAAN 2018
Sukacita dimaklumkan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) dan SME Corp. Malaysia akan menganjurkan Majlis Perasmian Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) Mega 5.0 yang merupakan penganjuran ke-5 selepas TUBE 1.0, TUBE 2.0, TUBE 3.0 dan TUBE Mega 4.0
TUBE Mega pada tahun ini mensasarkan seramai 2,000 orang peserta belia bumiputera di dalam menggalakkan budaya keusahawanan melalui latihan 'boot camp' dan bengkel perniagaan secara intensif. Program TUBE Mega pada tahun ini akan diadakan secara serentak di lima belas (15) kem PLKN di seluruh Malaysia. Program ini akan dirasmikan oleh YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan akan turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Ir. (Dr.) Mohamed Al Amin Abdul Majid, Pengerusi SME Corp. Malaysia serta YBhg. Datuk (Dr.) Hafsah Hashim, Ketua Eksekutif SME Corp. Malaysia.
Sehubungan ini, SME Corp. Malaysia dengan berbesar hati menjemput tuan/puan untuk menghantar wakil wartawan serta jurugambar bagi membuat liputan dan seterusnya hadir ke Sesi Sidang Media yang akan diadakan selepas selesai Majlis Perasmian Program TUBE Mega 5.0 2018 Peringkat Kebangsaan ini. Butiran Majlis Perasmian Program TUBE Mega 5.0 2018 Peringkat Kebangsaan adalah seperti berikut:
Hari/Tarikh : Ahad 11 Mac 2018
Masa : 2:30 pm - 5:30 pm
Tempat : Kem PLKN Batu Jong, Kuala Krai, Kelantan
Sila klik di sini untuk Program
Untuk makluman tuan/puan jua, empat belas (14) Majlis Perasmian Peringkat Negeri akan turut diadakan di 14 Kem PLKN di seluruh Malaysia. Butiran Majlis Perasmian TUBE Mega 5.0 2018 Peringkat Negeri adalah seperti di bawah:
Sila klik di sini untuk Majlis Perasmian Peringkat Negeri
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis-majlis tersebut.
SUMBER : SME Corp. Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Amy Sarah Ahmad Fuad
Tel : 03 2775 6352
Emel : amysarah@smecorp.gov.my
Nama : Encik Nor Fairul Halif Norman
Tel : 03-2775 6222
Emel : fairulhalif@smecorp.gov.my
-BERNAMA |
|
|
|
|
|