|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 08/03/2018
Sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 Dan Green Technology Master Plan 2017-2030 Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air
Dimaklumkan bahawa Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) akan menganjurkan Sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 Dan Green Technology Master Plan 2017-2030 Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air(KeTTHA). Program berkenaan akan dihadiri oleh Ybhg. Datuk Seri Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha KeTTHA dan Tan Sri Tajol Rosli Mohd Ghazali, Pengerusi PAAB seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Ahad 11 Mac 2018
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Sultan Iskandar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Kampus Parit Raja, Batu Pahat, Johor Darul Takzim
Program
8.30 pagi : Pendaftaran peserta
9.30 pagi : Ketibaan dif jemputan
Ketibaan Pengerusi PAAB, YBhg.Tan Sri Tajol Rosli Mohd Ghazali
Ketibaan Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha KeTTHA
9.45 pagi : Ketibaan Ybhg. Ketua Setiausaha KeTTHA, Datuk Seri Dr. Zaini Ujang
10.00 pagi : Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Bangsa Johor
Bacaan doa
Tayangan video dan montaj
10.20 pagi : Pembentangan dan pembukaan daripada Moderator
Sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 dan Green Technology Master Plan 2017-2030 oleh Ybhg. Ketua Setiausaha KeTTHA, Datuk Seri Dr. Zaini Ujang
11.30 pagi : Sesi interaksi / Soal jawab / Sesi aspirasi
12.00 tengah hari : Sidang media
Jamuan tengah hari dan bersurai
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sesi dialog tersebut.
SUMBER : Pengurusan Aset Air Berhad
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama :Khairil Amri Tajuddin
Corporate Communications
Pengurusan Aset Air Berhad
Tel : +603 2614 5535 / +6017 4060717 /
Faks : +603 2614 5588
Emel : khairil@paab.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|