|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 09/03/2018
MAJLIS PECAH TANAH PROJEK RUMAH BINA NEGARA (RBN) FELCRA LAKAI, JELEBU, NEGERI SEMBILAN
FELCRA Berhad akan menganjurkan Majlis Pecah Tanah Projek Rumah Bina Negara (RBN) FELCRA Lakai, Jelebu seperti ketetapan berikut:
Perasmian : YB Dato' Sri Bung Moktar Radin, Pengerusi Felcra Berhad
Hari/Tarikh : Rabu 14 Mac 2018
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Pekarangan Pejabat Kawasan Felcra Berhad, Lakai, Jelebu, Negeri Sembilan
Hadir Sama : YB Dato' Haji Jalaluddin Bin Haji Alias,
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan Negeri Sembilan Darul Khusus
Program
2.00 petang : Warga FELCRA Berhad mengambil tempat
2.15 petang : Taklimat daripada BSN & Agro Bank
2.30 petang : Ketibaan Tetamu Jemputan
3.00 petang : Ketibaan YB Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan Negeri Sembilan Darul Khusus
Ketibaan YB Dato' Pengerusi FELCRA Berhad
- Negaraku
- Lagu Rasmi Negeri Sembilan
- FELCRA Maju ke Era Baru
3.20 petang : Bacaan Doa oleh Imam Masjid
3.30 petang : Ucapan Aluan
YB Dato' Haji Jalaluddin bin Haji Alias,
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan Negeri Sembilan Darul Khusus
4.00 petang : Ucapan Perasmian
YB Dato' Sri Bung Moktar Radin,
Pengerusi Felcra Berhad
- Penyampaian Dana Insentif WADIRA
- Penyampaian Sumbangan Korporat kepada Insitusi Masjid
4.40 petang : (Tetamu Kehormat bergerak ke tempat Majlis Pecah Tanah)
4.50 petang : Gimik Majlis Pecah Tanah Projek Rumah Bina Negara
- Sidang Media
5.15 petang : Jamuan Minum Petang
6.00 petang : YB Dato' Sri Pengerusi FELCRA Berhad beredar meninggalkan Majlis
- Bersurai
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis pecah tanah tersebut.
SUMBER : FELCRA Berhad
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Encik Luqman
Tel : 03-4145 5445 / 018 356 6956
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|